Saturday, April 24, 2010

LAMANYEEEEEEEEEEE......

dah lama tak singgah sini....sibuk ngan facebook sampai lupakan blog...mulai hari ini tidak lagi...akan senantiasa di update....tak taw nak ckp mcm mana skrg ni bnyk benda yg taj diduga jadi dalam kehidupan aku...org yg dulunya aku boleh percaya skrg tidak lagi....makin nampak kepura-puraanya...inilah yg dikatakan lakaran kehidupan...dipentas dunia ni kita hanya pelakon..skripnya sudah disediakan ....kita harus menerima apa yg jadi ddan terjadi dengan seadanya....aku harap aku akan tabah menghadapi apa jua yg bakal mendatang...kadang-kadang ujian yg melangkau batas kesabaran aku....bila difikirkan balik...aku hanya mampu tersenyum...
anak aku pun dah setahun umurnya..tak terasa masa berjalan..brgitu pantas..anak aku dah mula bertatih...aku berharap anak aku menjadi seorang yg berguna.....amin....

Tuesday, January 12, 2010

happy new year....2010

rasa sekejap sangat masa berlalu...dah tahun 2010...anak aku dah pun berusia 9 bulan...sekejap je anak aku membesar...tak terasa masa berlalu..begitu juga dengan keje aku.dah hampir 7 bulan aku ditempatkan diunit yg baru..alhamdulillah semuanya ok..aku dapat rakan sekerja yg satu kepala ngan aku...pegawai yg ok..aku bersyukur sangat..
Tahun lepas boleh dikatakan kenangan manis dan pahit lebih kurang je la..dari hari ke hari aku boleh melangkah dengan penuh yakin....

Sunday, April 19, 2009

PERMATA HATIKU........

dilahirkan pada 15 4 2009 pada pukul 5.30 ptg di hospital bersalin kuala lumpur... bayi yang seberat 3.36 kg itu kami memberi nama MUHAMMAD HARITH IRFAN AZHAR telah selamat dilahirkan...alhamdulillah..aku dan suami telah mendapat cahaya mata ..walaupun bukan dari rahim ku sendiri....kami memang gembira sangat..walaupun ada sedikit rintangan pada mulanya. semua ahli keluarga aku gembira..lebih-lebih lagi kedua org tua ku dikampung..keduanya sanggup datang kesini semata-mata untuk menjaga cucu sulung mereka.walaupun keadaan abah yg kurang mengizinkan abah tetap sampai ke kuala lumpur untuk menjaga cucunya.

Thursday, April 9, 2009

hari- hari yang berlalu

hari ni dah 2 minggu lebih dah aku menjalani pembedahan. alhamdulillah dah nak beransur pulih dah. cuma hidung ku masih mengalami masalah berdarah. harap2 cepat la baik. hari ni aku gi shopping baju baby lagi. kebetulan ada j card member day. boleh tahan juga la harga yang ditawarkan. ramai ibu bapa ambil kesempatan membeli baju anak2 mereka. yang paling best time dia orang buat segment happy hour barang yg dari 99 ringgit tinggal 20 lebih je...nasib baik la aku tak bawa duit yang banyak kalau tak habis semua ku borong. barang2 yg selalu aku borong time j-card sale kain cadar brg hiasan, baju2, seluar . tapi boleh dikatakan murah la brg yg dijual. ruginya rasa.....

Monday, March 30, 2009

boring...

hari ni my husband gi kursus tinggal la aku sorang kat umah ni...kalau ada my hubby boleh la gak sembang2 ...kalau tak pun main ps2 sesama....selalunya aku yg tinggal my hubby...rupanya mcm ni lah rasa orang yg ditinggalkan..my hubby gi kursus permanduan berhemah kat pusat latihan pos bangi. hari rabu ni baru lah my hubby balik....tak tau lah nak yido pukul berapa .... esok pepagi nak kene jemput my sis kat puduraya...naik motor la pulak....sejuk giler pepagi neh...kalau aku tdo takut tak tebangun la pulak.. sure kene marah punya kalau gi ambik lambat....boringnya tak de kawan nak berbual....lambatnya nak tunggu hari rabu.....

Sunday, March 29, 2009

cerita bulan march

assalamualaikum salam.... hamba hulur tanda ingatan.....wah siap nyanyi lagu jamal abdillah lagi..tapi suara tetap tak sama....

nak mula mcm mana ekkk....firstly aku dah pun selamat menjalanai pembedahan yg kecik aje...tapi kesannya amat besar pada aku..sehinggakan aku tak leh nak makan makanan kegemaranku. selama seminggu aku hanya makan nestum yg untuk baby 6 bulan keatas..kembang gak la tekak aku neh nak menghabiskan semangkuk nestum setiap hari...tapi sekarang aku dah boleh makan nasi dan mende yg lembut2 je...yg keras2 masih tak boleh lagi. tak tahu lah sampai bila mcm neh....

aku masuk wad pada 19/3/09 bersamaan hari khamis. oprate dijalankan pada hari jumaat 20/3/09 dalam pukul 9.30 pg dan keatas. dalam time tengah hari aku dah ditempatkan ke wad semula. keesokan harinya aku dah boleh keluar wad. nasib baik la tak sakit sangat. aku neh jenis penakut la juga orang nya. nampak je badan besar.

harap pada yg ada penyakit tonsilitis yg nak kena bedah tu tu tak yah risau tak lah sakit sangat pun . sehari dua je yang terasa sakit sikit lepas tu dah ok dah.kepada doktor dan jururawat kat wad surgeri 7 HUKM terima kasih diatas layanan yg mesra gitu...

Monday, February 16, 2009

boooommmmm...........

hari ni ada assembly kat JKP...tuan PPJ dah bising pasal attitude...asyik2 mende yg sama gak ditegur...bila ditegur ckp beleter bila tak ditegur menjadi2 la plak. tapi apa yg pasti ianya berkesan buat aku nak jalankan tugas aku. betul kata tuan PPJ kemahiran,pengetahuan dan attitude sebenarnya sama penting. dalam beruniform ni kene ada semua tu ..tapi pd yg tak setuju tak tau la...tapi pada aku ada benarnya..aku selalu pegang pada satu ayat je..selagi org tegur dan ambil berat pasal kita maknanya kita masih disayangi ..pikir2kan lah...

kat opis mcm biasa masuk kelas ada latihan. tapi aku tak masuk kelas sbb nya alu masih belum pulih dari demam selsema aku neh...dah nak dekat 2 minggu dah aku mcm ni. skrg ni dah rasa bahang nak kene buat persembahan band dah nak bermula..siap sedia sahaja. minggu ni latihan prepare untuk datuk bandar melawat kat opis. ada perhimpunan.kali ni datuk bandar yg baru . harapnya semua berjalan lancar.