Thursday, April 9, 2009

hari- hari yang berlalu

hari ni dah 2 minggu lebih dah aku menjalani pembedahan. alhamdulillah dah nak beransur pulih dah. cuma hidung ku masih mengalami masalah berdarah. harap2 cepat la baik. hari ni aku gi shopping baju baby lagi. kebetulan ada j card member day. boleh tahan juga la harga yang ditawarkan. ramai ibu bapa ambil kesempatan membeli baju anak2 mereka. yang paling best time dia orang buat segment happy hour barang yg dari 99 ringgit tinggal 20 lebih je...nasib baik la aku tak bawa duit yang banyak kalau tak habis semua ku borong. barang2 yg selalu aku borong time j-card sale kain cadar brg hiasan, baju2, seluar . tapi boleh dikatakan murah la brg yg dijual. ruginya rasa.....

Monday, March 30, 2009

boring...

hari ni my husband gi kursus tinggal la aku sorang kat umah ni...kalau ada my hubby boleh la gak sembang2 ...kalau tak pun main ps2 sesama....selalunya aku yg tinggal my hubby...rupanya mcm ni lah rasa orang yg ditinggalkan..my hubby gi kursus permanduan berhemah kat pusat latihan pos bangi. hari rabu ni baru lah my hubby balik....tak tau lah nak yido pukul berapa .... esok pepagi nak kene jemput my sis kat puduraya...naik motor la pulak....sejuk giler pepagi neh...kalau aku tdo takut tak tebangun la pulak.. sure kene marah punya kalau gi ambik lambat....boringnya tak de kawan nak berbual....lambatnya nak tunggu hari rabu.....

Sunday, March 29, 2009

cerita bulan march

assalamualaikum salam.... hamba hulur tanda ingatan.....wah siap nyanyi lagu jamal abdillah lagi..tapi suara tetap tak sama....

nak mula mcm mana ekkk....firstly aku dah pun selamat menjalanai pembedahan yg kecik aje...tapi kesannya amat besar pada aku..sehinggakan aku tak leh nak makan makanan kegemaranku. selama seminggu aku hanya makan nestum yg untuk baby 6 bulan keatas..kembang gak la tekak aku neh nak menghabiskan semangkuk nestum setiap hari...tapi sekarang aku dah boleh makan nasi dan mende yg lembut2 je...yg keras2 masih tak boleh lagi. tak tahu lah sampai bila mcm neh....

aku masuk wad pada 19/3/09 bersamaan hari khamis. oprate dijalankan pada hari jumaat 20/3/09 dalam pukul 9.30 pg dan keatas. dalam time tengah hari aku dah ditempatkan ke wad semula. keesokan harinya aku dah boleh keluar wad. nasib baik la tak sakit sangat. aku neh jenis penakut la juga orang nya. nampak je badan besar.

harap pada yg ada penyakit tonsilitis yg nak kena bedah tu tu tak yah risau tak lah sakit sangat pun . sehari dua je yang terasa sakit sikit lepas tu dah ok dah.kepada doktor dan jururawat kat wad surgeri 7 HUKM terima kasih diatas layanan yg mesra gitu...

Monday, February 16, 2009

boooommmmm...........

hari ni ada assembly kat JKP...tuan PPJ dah bising pasal attitude...asyik2 mende yg sama gak ditegur...bila ditegur ckp beleter bila tak ditegur menjadi2 la plak. tapi apa yg pasti ianya berkesan buat aku nak jalankan tugas aku. betul kata tuan PPJ kemahiran,pengetahuan dan attitude sebenarnya sama penting. dalam beruniform ni kene ada semua tu ..tapi pd yg tak setuju tak tau la...tapi pada aku ada benarnya..aku selalu pegang pada satu ayat je..selagi org tegur dan ambil berat pasal kita maknanya kita masih disayangi ..pikir2kan lah...

kat opis mcm biasa masuk kelas ada latihan. tapi aku tak masuk kelas sbb nya alu masih belum pulih dari demam selsema aku neh...dah nak dekat 2 minggu dah aku mcm ni. skrg ni dah rasa bahang nak kene buat persembahan band dah nak bermula..siap sedia sahaja. minggu ni latihan prepare untuk datuk bandar melawat kat opis. ada perhimpunan.kali ni datuk bandar yg baru . harapnya semua berjalan lancar.

Sunday, February 1, 2009

2009..................alkisahnya..............

assalamualaikum pembuka bicara............ermmmmm..dah lama tak hupdet blog aku neh...kalau blog ni mcm rumah dah boleh jadi tongkang pecah...memandangkan dah masuk ke tahun baru . baru inilah kesempatan yg kudapat untk mencoret kan kata2....dgn msg box dah expired...nanti nak kena gi renew la...tak ada apa yg menarik sgt pun pada awal2 tahun ni....cuma skrg ni sibuk sket nak kenduri kawen adek aku...brg hantaran semua dah complete..cenderahati yg nak beri kat tetamu pun dah siap. boleh dikatakan hampir 80% dah siap...alhamdulillah..semuanya berjalan lancar la setakat hari ni...skrg ni dah sibuk keluar untuk menjemput....
aku baru je balik dari kg lama juga la kat kg hampir 1 minggu. rasa mcm tak nak balik kl je..tapi dah keje kat sini kenalah juga balik...bilalah dapat tukar balik kg.......
azam tahun baru mcm biasa ..yg mana terkandas di tahun lepas dibawa ketahun ni..harap dapat la capai lagi apa yg diazamkan untuk tahun ini......

Friday, March 21, 2008

W33KD@Y & W33K3ND

Rasa lapang sedikit dihati setelah beberapa hari menunggu adik angkat yg berada dihospital..smlm aku melawat dia lagi ada sedikit perubahan dia dah mula gerakkan tangan..syukur sgt....pg tadi family dia inform wayar yg dimasukkan ke kepala dah dikeluarkan..cuma alat bantuan pernafasan masih belum dapat dialihkan....harap cepat lah dia sembuh....

Hari tak dapat melawat dia sbb aku kene jaga anak sedara aku yg bertiga ni....riuh lah sikit rumah aku ni..kalau tak sunyi aku kat rumah....mmg lah penat melayan karenah bebudak ni..rasanya nak rehat je kat umah ..dinner mlm ni pun tak pegi...tak de mood nak kemana2...keje minggu ni pun tak de yg memerlukan tenaga sgt...mungkin mula mingu dpn dah kene bekerja keras sikit....ok bye....

Tuesday, March 18, 2008

INIKAH DUGAAN

Macam mana nak mula pun aku tak tau macam mana nak ckp pun aku tak tahu ...hati aku ni dah patah la sesangat sedih nya hanya yg ESA yg tahu.....minggu lalu aku ibu mertua aku ada tanya pada aku....setelah 5 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan anak...aku ngan suami tak nak ambik anak angkat ke?....aku pun balik berbincang dan suami aku pun setuju...aku pun diam je..sbb ibu mertuaku dah tak buka mulut pasal hal ni...

tanggal 16 march 2008 ..seorg ibu saudara aku juga mengutarakan hal yg sama so aku ckp aku nak...aku ni punyalah excitednya..aku call family aku kat kg bg tahu yg aku nak ambik anak angkat...manalah nak tahu kot2 berkat aku jaga budak tu aku pula yg pregnent....adik2 aku semua dah seronok..dah siap cari nama ....dari info yg aku dpt bby tu adalah bby girl..lagi la aku suka.hari isnin tu hari aku tak keje ..tiba2 aku dpt panggilan dari ibu saudara aku...dia tanya aku jadi ke nak ambik bby tu..aku iyakan je...dia pun mulakan khutbah dia...isi khutbah tu terpaksa la disensor kan ....dari pada apa yg dia ckp mcm tak bg aku ambik.... tapi ada sebaris ayat yg terdengar2 je kat telinga aku.."KALAU DAH AMBIK BBY TU JAGA ELOK2 KALAU JADI APA2 JGN LETAK KAN KESALAHAN TU KAT ORG LAIN" tu yg buat aku tak paham..dan konpius ...aku berbincang ngan suami dan mak bapak aku..so keputusannya tak jadi ambik...punyalah patah hati aku ni..dah beria2 nak anak sedihnya hatiku.....

Hari ni aku bekerja seperti biasa...walaupun kesedihan tu masih bersarang dihati...aku dikejutkan dgn berita yg kurang menyenangkan hati...kawan baik suami aku yg sudah ku anggap seperti saudara sendiri kemalangan...dan kini berada di ICU...aku pegi melawat ptg tadi selepas balik keje..tp tak dpt tgk...masa tu nurse tgh cukur rambut dia untuk OPERATE...dah tak dpt tgk aku ngan suami pulang....pada pukul 9 lebih tadi aku call mak dia..mak dia bg tahu doktor dah tebuk kepala dia ..buat masa skrg masih stabil...kenapalah hal seperti ini berlaku dalam sekelip mata....sedin sgt...terbyg2 dia mata senyum tawa dia....masih kedengaran usik2 dan gurau senda kami bila bersua dan berkumpul...rasanya mcm tak mampu nak hadapi semua ini begitu juga suami aku......